Saturday, 21 January 2012

Zimam Ariefi suka menyanyi

I wont give up~ on us...
Even if the skies get rough..
(Sambil tulis sambil menyanyi..)

Zimam mulanya tak minat menyanyi..Cuma lebih banyak pada dengar lagu,entah sejak bila suka menyanyi...
Tapi yang pastinya zimam takkan menyanyi di hadapan orang ramai sebab,malu... >.<

Tapi keadaan malu tu mula berubah masa kat sekolah Imtiaz..kalau tak silap masa tu Form 2..Masa kitorang tengah study dalam kelas,tiba2 seorang member datang minta tolong nyanyikan satu lagu nasyid..Sebab dalam kelas tu,cuma zimam sorang je yang tahu lagu tu..Memandangkan zimam malu,zimam cuma buat bunyi camni...Huwmmm~ ummm,..ummmm~~ xD
Tapi dia tak puas hati,dia suruh jugak nyanyi betul2..Lepas tu hampir satu kelas duk mengadap zimam nak suruh Zimam nyanyi..Dan beberapa member cakap,"kalau tak nyanyi,kitorang geletek"..haha,,sebenarnya tu satu ugutan yang besar,sebab Zimam tak boleh digeletek..Geli.. >.<
So,menyanyilah slow2..Dan pada detik tu,Zimam Ariefi ada peminat dalam bidang nyanyian.. xD

Lama-kelamaan,zimam dah biasa menyanyi..Masa form3,zimam masuk kumpulan nasyid sekolah..jadi suara latar belakang..Memang itu pun yang zimam suka..Jadi suara latar.. ^^

Bila pindah sekolah,masuk sekolah kat penang pun,zimam join group nasyid..Tapi bukan menyanyi,main alat muzik..

Masa Form5,Zimam jadi fasilitator untuk Kem Jati Diri untuk budak2 Form 1..Dan untuk malam kebudayaa masa kem tu..Dorang mintak zimam nyanyikan lagu Sayang-sayang(Aliff Aziz) sebab masa tu lagu tu agak popular..Itulah first time zimam nyanyi,bukan dengan kumpulan nasyid,bukan secara berkumpulan dan bukan lagu nasyid..Pastu masa Minggu SLAD (Skim Lencana Anti Dadah), zimam nyanyi lagu Seroja,masa perhimpunan pagi,hari Isnin..
Hari tu masa keluar jalan2 dalam sunway pyramid,kitorang jumpa Donny Goh..Dia main piano kat situ..Dan lepas habis dia main satu lagi,dia tanya ada permintaan lagu apa2 tak..Zimam pun try minta lagu Swear It Again..Dia pun mainkan lagu tu..Dan zimam jadi suara Westlife.. :P

Kadang2 ada jugak zimam isikan borang di bahagian hobi : menyanyi.. xD

Ada juga member yang bagi suggestion,masuklah AF..Haha..Zimam menyanyi sekadar hobi,bukan sampai tahap professional..Lagipun zimam bukannya penyanyi yang bagus yang boleh nyanyi semua lagu..
Satu lagi sebab abah kata,macam mana kalau bila kita mati nanti,suara kita direkod,dan bila kita dalam kubur,kita masih lagi menyanyi..Dan nyanyian kita tu pula,melalaikan semata2..

0 comments:

Post a Comment

Zimam

Zimam
Ultraman Mode