Saturday, 6 August 2011

Zaty






Dua handset ni penyebab aku tulis post ni...


2 ketul handset ni ada simpan kenangan2ku dgn arwah zaty..
Aku simpan elok2 dorang ni dalam beg..
Tapi member pulak pinjam beg tu tanpa mintak dulu pastu
dia campak semua barang dalam beg tu..
wooooooo...memang meriah hidup dia..
Kalau hilang dua ketul handset ni..Grrrrr..Geram..


Izzati

Padaku,dialah calon isteri..

"Umi,boleh tak mam nak amek zaty sebagai isteri" petikan ayat dari tahun 2009..


Kita mula kenal masa makan kt kedai Aliff..kedai mamak tu..
Bila pergi makan sama2,zaty ketinggalan..dia jalan sorang kt belakang..
So,encik Zimam ni pun undurkan diri
sbb tengok dia jalan sorang n kata.."wei,aku nk jalan ngn zaty la..romantik cikit."
haha..aku guraw je tu..So,kitorang berkawan baik,tapi bukan dengan dia je..
Sebenarnya tade hati pun kat dia masa tu.. xD

Tapi satu hari,bila balik kolej,dapat berita yang zaty diculik..
Encik Zimam risau..called her, messaged her,tapi no reply..lagi susah hati..
Tp Alhamdullillah..sebenarnya dia selamat..
Haha..Encik Zimam tak boleh..memang tak boleh..bila hati tgh kosong,
ada pulak yang cari masaalah cam zaty ni..huwmm..Encik Zimam risau,Encik Zimam mula amek berat..
Tapi Encik Zimam sendiri tak sedar perasaan tu mula timbul..
Sebab encik zimam anggap,hahaha..seronok msg dgn dia..


Encik Zimam cuma sedar bila zaty bercerita tentang kisah penculikan dia..
Siapa yang menculiknya..Zaty bercerita tentang lelaki2 yang cuba mendapatkan hatinya..
So masa tu hati Encik Zimam jadi dup dap dup dap..
Sebab risaw hati tu bukan untuk encik Zimam...
Tiba2 sikap encik Zimam jadi layu n zaty perasan..
Dia bertanya..encik zimam meluahkan..
dan zaty memberikan jawapan yang melegakan hati encik zimam yang tengah layu.. ;)



Tapi,hubungan kitorang agak teruk..bukan apa..
Kitorang mmg suka gaduh.. xD
Gaduh lagi lama daripada tempoh berbaik kot..huhu..
Tapi tu calon isteri,so Encik Zimam cuba pertahankan..
Paling teruk bila kitorang gaduh bulan 9 thun 2009..
Pertengkaran kitorang yang paling epik kot..
Sampai encik Zimam hilang kawalan masa tu sampai ada sorang guard kt sunway pyramid nk belasah.. xD


Pertengkaran yang teruk tu bt kitorang terpisah agak lama..
dari bulan 9 sampai bulan bln brp ntah,tp 2010..
dalam tempoh tu..hanya tuhan yg tahu..
Encik zimam dengar dia ada kekasih baru..
Encik Zimam agak tak stabil sepanjang tempoh tu..
encik Zimam sayang dia..Encik zimam cuma harap doa2nya
dapat sentuh hati dia..dan Alhamdulillah..Ntah mcm mna..
dia menjelma kembali..

Encik zimam igt nk tggu dia sampai bulan 5 thun depan..
sebab encik zimam fikir,mungkin masa tu dia da ok..sudi cakap leklok blk..
tapi alhamdulillah,encik zimam tak perlu tunggu selama tu..
zaty call encik Zimam dgn tiba-tiba..
Encik zimam terkejut,takut..sebab ingatkan dia nk marah..
tapi dia kata nk borak,rindu..Hati encik zimam berbunga2..
nampaknya tak perlu tunggu sampai bln 5..
kitorang start contack balik mcm biasa..
Sebelum bday dia,zaty kata dia nk helikopter sebagai hadiah bday..
tapiiii.. =='
encik zimam tengok satu helikopter yang kecik pun da hampir RM100..
so encik Zimam beli hadiah lain..
encik zimam beli tiga benda..tapi tade helikopter.. xD
Hubungan encik zimam dengan zaty dalam tempoh tu yang terbaik..
Seolah2 dia taw dia akan pergi..
sampaikan dia mengadu masaalah dia kt encik Zimam..
tak pernah2 zaty buat camtu.,.
masalah dia simpan sorang2 je..

satu hari zaty ajak lawan counter strike..ok..encik zimam setuju..
Encik zimam beli satu lg laptop sebab nk lawan counter dgn dia..
mana boleh main satu laptop.. =='
Encik Zimam tunggu hari demi hari nk lawan dgn dia..

tapi satu hari,dia kata dia sakit,dia kata dia da nak mati..
So dia tak dapat datang untuk jumpa,dan lawan cs..
encik Zimam tersentuh,tapi cuba cover..
encik Zimam kata "ishh,tak baik ckp gitu"
masa tu jgk zaty zaty byk duk ckp loghat pahang..
Encik zimam tegur..aiii,kuat cakap pahang ni..
Zaty kata..biasa la..da owg lahir kt pahang..asal owg pahang..
kata-kata seolah2 satu tanda..tapi,sipa sedar kn??
Encik zimam susah hati..Encik zimam cuba rawat sakit zaty dengan ayat alquran..
Sbb encik zimam percaya alquran blh jd ubat..tambah lagi,cuma itu yang encik zimam mampu..
encik zimam bukan doktor..


Kali terakhir contact,zaty kata bz..
zaty kata nak main dgn anak sedara..tp encik zimam taw dia x sht..cuma
encik zimam kata ok..sebab dia suruh cntact balik..
tapi tu yang terakhir..
lepas tu,dia menghilang.
Call x jwb,msg x reply..
tapi encik Zimam taw ada yg x kena..
sebab zaty,kalau dia bad mood,dia akan reject call..
tp ni x...encik Zimam betul2 ssh hati sampai encik zimam cntact k.nani
untuk tanya pasal zaty...
Tp kak nani pn tak taw..



Sampailah suatu hari..
Mak zaty msg encik zimam..
Encik Zimam mengalirkan airmata dan terus call umi..
Zaty tenat..
Encik zimam terus berangkat ke pahang esok pg..
bila sampai kt sana,ayah zaty jemput..
Bila sampai d hospital..
Bila tengok zaty dalam keadaan camtu..
Encik zimam bergetar seluruh badan..
Untuk sementara encik zimam x mampu pergi dekat..
Cuma selepas mak zaty panggil datang dekat..
Encik Zimam speechless..cuma bahasa isyarat..
dan mak zaty pula pengantara antara kitorang sebab Encik zimam betul2 speechless..
hanya sebelum pulang ke kelantan,sebab encik zimam nak bwk umi dgn abah dtg melawat..
encik zimam kata "zaty,owg balik dulu,owg doakan zaty..nanti owg dtg blk.."
Encik zimam nk gtaw yang encik zimam sayang sangat zaty..
tapi encik zimam betul2 harap zaty sembuh..
so encik Zimam simpan ucapan sayang tu di dalam hati..
sebab encik zimam nk ucap bila zaty sembuh..


Tapi sekembalinya ke hospital dari kelantan dgn umi ngn abah..
zaty da x sedar..Cuma itu yang terakhir..




Cuma satu encik zimam harap..
Doanya mampu dijadikan hadiah..

4 comments:

fina said...

sgt pnjg zimam..al-fatihah untk zety..nak nanges boley..:')..b strong okeyh..nanty kite pon akan menyusul ke sana kan..:)..ngkn jap lagi,mgkn esok..sape tau kan..:)..a nice story..^_^

Mimie Rahman said...

al-fatihah

LOLLAPALOZA said...

tersentuh hati bace entry ni :'/
Al-fatihah~ semoga roh beliau d tmpatkan d kalangan org beriman~
rindu jugak kt dia.. hmm~ zaty~

Zimam Ariefi said...

Terima kasih sebab doakan dia.. :)

Post a Comment

Zimam

Zimam
Ultraman Mode